Tazkirah Aidiladha

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang bangun pada kedua malam dari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ikhlas, kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada saat hati semua orang telah mati". (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Umam

Friday, December 29, 2006

Perutusan 'Aidiladha Dewan Muslimat PAS Pusat

Dewan Muslimat Pas
Thu | Dec 28, 06 | 09:37:35 AM
Alhamdulillah, segala puja dan puji hanya milik Allah, salawat serta salam buat Nabi Muhammad s.a.w, yang memberi rahmat kepada sekalian alam serta keluarga dan sahabat baginda s.a.w dan pejuang agama Allah sepanjang zaman.

Pada akhir tahun ini dan awal tahun hadapan merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat manusia baik yang beragama Islam mahu pun yang bukan beragama Islam. Pada 31 Disember 2006 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1427 Hijrah merupakan hari perayaan umat Islam yang mana kemuncak umat Islam mengerjakan ibadah haji dan berkorban. Manakala dalam suasana yang berlainan, kebiasaannya, tepat pada pukul 12.00 tengah malam 1 Januari setiap tahun merupakan hari sambutan Tahun Baru di pelbagai tempat terutamanya di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan KLCC dengan konsert dan pergaulan yang tidak terkawal.

Melihat kepada dua keadaan yang berbeza ini, saya mengharapkan semua rakyat Malaysia dan umat Islam supaya memahami tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang sejati serta menghayati dan menyedari amanah dan tanggung jawab sebagai seorang khalifah Islam di muka bumi ini. Tanggung jawab kita adalah besar dan perlu difahami mengapa kita berada di bumi Allah ini. Oleh kerana itu, kepada ahli Parti Islam, sedarlah bahawa mengajak, mengajar dan memahamkan masyarakat ke arah kebaikan adalah menjadi tanggung jawab kita. Manakala menghalang, menasihati dan menjauhkan diri dari melakukan kejahatan juga adalah menjadi tanggung jawab kita. Sedarlah peranan sebenar kita sebagai makhluk Allah dan jadilah insan yang benar-benar berguna kepada agama, bangsa dan tanah air kita. Kita tidak mahu perayaan suci umat Islam, ‘Aidiladha ini dicemari dengan maksiat dan perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah.

Akhirnya, hayatilah sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘alaihimassalam, sanggup mengorbankan anak sendiri dan sanggupkan dikorbankan oleh ayahnya semata-mata melaksanakan suruhan Allah yang Maha Kuasa. Justeru saya menyeru diri saya dan semua umat Islam serta ahli PAS supaya meningkatkan ketaqwaan dengan berusaha sedaya upaya melaksanakan suruhan Allah, meninggalkan larangan-Nya dan menambah amal soleh. Semoga pengorbanan kita semua selama ini diterima Allah. Saya juga ingin menasihati seluruh rakyat Malaysia supaya menyambut Tahun Baru Masihi ini dengan penuh kesyukuran dan bermunajat kepada Allah kerana diberi lagi kehidupan kepada kita dan juga dipanjangkan usia bumi kita.

Saya mengucapkan Salam ‘Aidiladha dan Selamat Tahun Baru 2007!!

Ustazah Azizah Khatib Mat
Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat

0 Comments:

Post a Comment

<< Home