mendapat pahala yang besar
Melaksanakan korban pada hari Nahar 10 Zulhijah dan pada hari tasyrik 11-13 Zulhijah telah dijanjikan akan mendapat pahala yang besar, lebih-lebih lagi sebagai seorang raja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan mendapat pahala yang berlipat ganda kerana baginda telah dan akan menjadi ikutan kepada rakyat jelata dalam menegakkan syiar Islam di samping pahala korban itu sendiri iaitu sesuai dengan hadis Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud:
"Dari sahabat Abu Hurairah radiallahu anhu berkata : Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Siapa yang mengajak ke-jalan hidayat, maka baginya dari pahala, seperti pahala (sebanyak mana pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikitpun dari pahala mereka. Dan siapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka itu ."
(Riwayat Muslim)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengorbankan tujuh ekor kambing bagi diri baginda sendiri dan dua belas ekor lembu dan kerbau bagi keluarga baginda sempena sambutan Hari Raya Korban tahun ini.
Antara fadilat yang akan diperolehi oleh yang melaksanakan ibadat korban itu ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh 'Aisyah Radiallahu Anha, bahawasanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah dari menumpahkan darah. Bahawasanya ia (korban itu) datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya dan bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Selain itu, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radhiallahu anhu menyebutkan yang bermaksud :
"Tidak ada sesuatu yang dibelanjakan dari mata wang yang lebih baik dari menyembelih (korban) pada hari raya." (Hadis Riwayat Ad-Daraquthni)
http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/april97/h_hadaf1.htm
0 Comments:
Post a Comment
<< Home